Tuesday, 10 October 2017

7 JENIS SAYUR YANG BAGUS UNTUK NAIKKAN HB IBU HAMIL



TAHUKAH ANDA?

Sayuran hijau sangat bagus untuk ibu hamil. Selain serat dan vitamin, sayuran hijau kaya dengan zat besi untuk mengelakkan anemia.

Tapi, bukan semua sayur sama.
Di sini saya kongsikan sayuran yang tinggi kandungan zat besi untuk membantu ibu-ibu naikkan bacaan Hb ketika hamil.

Jom tengok top 7 sayur-sayuran yang bagus untuk naikkan bacaan paras hemoglobin (Hb) anda. Tak kiralah anda hamil ataupun tidak.

Semua sayur-sayuran ini mengandungi zat besi yang tinggi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan sel darah merah (hemoglobin) kita di samping beberapa zat makanan penting yang lain.



#1 Sayur tambah darah: Pegaga Gajah
Pegaga gajah agak mudah didapati di kampung-kampung. biasanya ia tumbuh liar di tepi rumah atau tepi longkang. Namun begitu, kini pegaga gajah sudah banyak dijual di pasar tani mahupun  pasaraya besar yang terkenal. 

Pegaga gajah boleh dibuat ulam cicah dengan sambal belacan ataupun dibuat urap. Uish, kecur liur teringat urap pegaga!

100gram pegaga gajah mengandungi 10mg zat besi. yang paling tinggi berbanding sayuran lain yang kami bandingkan.


#2 Sayur tambah darah: Peria
Sejujurnya saya tak pernah tahu peria mengandungi kandungan zat besi yang tinggi sebelum membuat carian untuk entri ini. Tak sangka betul, 100 gram peria mengandungi 6.03mg zat besi. menduduki tempat kedua dalam senarai.

Sayur peria sedap dibuat masak tumis kering dan dipecahkan sebiji telur sebelum padamkan api. Itu cara saya masak peria. Hmm, ada resepi sedap masak peria yang lain? Kongsilah di bahagian komen ye.


#3 Sayur tambah darah: Pucuk Keledek
Pucuk keledek bukanlah jenis sayur yang selalu makan. Saya juga jarang jumpa masakan pucuk keledek di kedai-kedai makan. tak pastilah di kawasan mana masakan pucuk keledek ni popular.

Baru-baru ini saja saya kerap nampak pucuk keledek dijual di pasaraya NSK Seremban. Sebenarnya saya tak pasti pucuk keledek ni sedap dimasak apa. Saya fikir, masak lemak putih tentu sedap!


#4 Sayur tambah darah: Kangkung
Siapa tak kenal kangkung kan? Masak tumis dengan belacan memang favorite la! Takde belacan, tumis dengan ikan bilis atau ikan masin pun sedap jugak.

Kangkung ada 5.12mg zat besi per 100gram. Tapi kalau saya makan kangkung, setakat 200 ke 300gram tu senang-senang je saya habiskan.


#5 Sayur tambah darah: Ulam Raja
Nama pun ulam raja, jadi memang sedap dibuat ulam. tak payah nak masak-masak bagai. Mudah sangat. 

Menduduki tempat kelima dalam senarai, ulam raja ni pun tak kurang hebatnya. kalau malas masak atau nak cepat, ibu-ibu makan sajalah ulam raja.


#6 Sayur tambah darah: Pucuk Paku
Pucuk paku ada peminatnya yang tersendiri. Sedap ditumis dengan ikan bilis atau udang kering, sedap lagi dimasak lemak cili api. Kalau masak lemak cili api, boleh juga nak campur dengan udang, kerang atau telur itik. Ikutlah selera masing-masing.


#7 Sayur tambah darah: Bayam
Setahu saya, kalau sebut sayur apa bagus nak tambah darah, mesti ramai jawab bayam. Saya pun sangka bayam nombor satu paling banyak kandungan zat besinya.

Tetttt!

Saya dah silap rupanya. Menurut carian yang dibuat, bayam mengandungi kandungan zat besi yang dikira tinggi. Namun, dia bukanlah yang paling tinngi. Paling glamour? Mungkin!

Tapi, kelebihan bayam ialah ia sangat mudah didapati. Harganya murah. Nak masak pun senang, masak air je...



DAPAT SESUATU?
Saya harap anda dapat belajar sesuatu daripada tulisan kali ini. Silakan share supaya lebih ramai tahu.


Semoga bermanfaat


No comments:

Post a Comment