1. TENGOK KEMAMPUAN ANAK
Jangan dibandingkan dengan anak orang lain. Kalau anak org lain umur 5 thun dah berpuasa, takpa lah. Jangan dipaksa anak kita pula. Ikut kemampuan masing masing
Fahamkan anak anak yang mana solat lebih penting dari puasa. Ajak solat bersama, solat berjemaah biar si anak dapat solat, beribadah n puasa dengan rela hati.
2. PUASA IS FUN!
Selalu lah bercerita tentang puasa, bacakan buku tentang kisah rasulullah, tengok cerita upin ipin, omar dan hana tentang puasa
Buat aktiviti bersama anak anak.
3. PUASA STEP BY STEP
Bagi yang pertama kali berpuasa, latihlah secara berperingkat. Menurut Dr Fadzillah lagi, ibu bapa boleh memulakan dengan beberapa jam terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya beberapa hari mengikut kemampuan anak.
Dengan cara ini, mereka lebih bersedia dan tidak rasa terpaksa untuk berpuasa.
4. PLAN JADUAL RAMADHAN
Menurut Dr MAZA, dalam riwayat al-Imam Muslim, sahabiyyah Nabi Rubaiyi’ bint Mu’awwiz menceritakan bagaimana mereka pada zaman itu melatih anak-anak mereka berpuasa, antara yang beliau sebutkan:
وَنَصْنَعُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَنَذْهَبُ بِهِ مَعَنَا فَإِذَا سَأَلُونَا الطَّعَامَ أَعْطَيْنَاهُمُ اللُّعْبَةَ تُلْهِيهِمْ حَتَّى يُتِمُّوا صَوْمَهُمْ
“Kami buat untuk mereka mainan daripada bulu. Kami bawa bersama kami. Apabila anak-anak meminta makanan kami berikan mereka mainan tersebut untuk melupakan mereka (makanan) sehingga mereka menyempurnakan puasa”
Kalau biar anak anak tengok TV sepanjang hari, susah juga nanti asyik tengok iklan ABC, iklan cendol, iklan KFC, menduga jugak rasa nak berbuka. 😝
5. MAKANAN KEGEMARAN UNTUK BERSAHUR & BERBUKA
Jom jadi ibu yang kreatif, sediakan makanan kegemaran dengan nutrisi seimbang masa sahur dan berbuka. Untuk kesan tenaga berpanjangan sepanjang hari boleh tambah Mealshakes dalam hidangan waktu sahurMealshakes boleh blend dengan Kurma dan Chocolate. Jadikan smoothies. Pastikan juga minum air yang cukup, buah dan sayur agar pencernaan mereka tidak terganggu.
6. PUJI DAN BAGI GALAKKAN
Apabila anak berjaya berpuasa mengikut waktu tertentu, ucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun 2-3 jam, walaupun setengah hari.
Jom mula latih anak anak berpuasa dengan penuh hikmah dan kasih sayang ♥ #PleaseShare
Kredit: Dr Adlin Nadia ❤
More tips : t.me/inspirasidrlin
#Inspirasidrlin