Tahniah saya ucapkan kepada para ibu yang berjiwa besar yang gigih berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk si manja anda.
Breastfeeding journey tiap-tiap orang tak sama. Masing-masing ada cerita dan cabaran dalam menyusui bayi dari hari pertama sehinggalah sampai bercerai susu atau wean-off.
Namun begitu, dalam perbincangan di kalangan ibu-ibu bekerjaya, masalah utama yang sering diutarakan oleh para ibu adalah susu "drop".
Actually, bagi saya, susu drop adalah bukan masalah utama. Ianya boleh menjadi masalah ataupun kesan kepada masalah.
Kebanyakkan ibu, tidak tahu apa masalah utama yang dihadapi yang menyebabkan susu drop.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan susu drop.
✅ keletihan
✅ kekurangan sesi pump
✅ tekanan emosi
✅ period - hormon changes
✅ nipple tersumbat
Pastikan rehat yang cukup. Benda ni orang cakap susah nak buat. Kalau anak sorang tak apa. Anak 3, 4,5 bermimpilah di siang hari nak rehat. Tapi u need it. Just try ur luck.
Di bulan puasa ni make sure makan makanan yang berkhasiat. Makanan yang boleh bagi tenaga untuk para ibu. Berbuka dan sahur dengan healthy meal. Bukan maggie, bukan salad semata- sebab nak kurus
Pastikan selepas berbuka minum air yang cukup. Target berapa liter sehari. Usahakan sampai berjaya. Tapi jangan sampai stress sebab tak sampai target.Make sure ada jadual pump sesuai dengan keadaan bulan puasa. Lebihkan waktu pump pada waktu malam.
Faktor faktor ini adalah yang menyumbang kepada kekurangan susu. Lagi lagi bulan Ramadhan. Dengan lapar dan dahaga, kerja bertambah, runsing nak raya duit tak ada, kepenatan. Semua jadi faktor susu drop.
So, apa yang kita perlu buat sepanjang Ramadhan?
Perkara utama adalah ibu menyusu perlu berada dalam keadaan yang tenang.
✅ Rehat yang cukup
Usahakan untuk make sure badan dapat rehat yang cukup. Macam mana nak dapatkan rehat yang cukup, badan yang bertenaga?
Ibu yang menyusu, perlukan rehat, kenapa rehat, sebab badan yang penat tak boleh produce susu dengan baik
Sebab tu saya cakap, susu drop tadi bukan masalah. Itu kesan kepada masalah kepenatan
✅ Makan makanan yang berkhasiat
Kenali apa makanan yang boleh merencatkan penghasilan susu anda. Lain orang lain tau.
Macam saya, saya memng pantang kafein dan ais. Saya tak tau ini mitos ke apa, tapi, bila menyusukan bayi, saya memng kurangkan mengambilan kafein dan tak ambil ais. Pernah try masa anak first. Susu drop.badan rase lemah.
So, dahaga macam mana pun masa berbuka, saya tak kan ambil cafein or ais.
So, ape makanan yang merencatkan susu para ibu? Tahu?
✅ Minum air yang cukup pada waktu malam
Maksud dia kat sini, pastikan badan dapat air yang mencukupi.
Pastikan minum air suam sebelum sesi pump pada waktu malam. Air suam akan bantu merangsang LDR.
Let Down Reflex (LDR) atau Milk Erection Reflex (MER) merupakan reflek yang disebabkan oleh hormon oksitosin. Keadaan ini akan membuat Susu keluar dengan sendirinya walaupun tidak di pam. Dalam keadaan ini, ibu akan merasakan payudara yang terasa berdenyut dan tegang.
So, lebih cepat LDR lebih cepat kita dapat kumpul susu. Waktu pam dapat disingkatkan.
LDR ni penting sangat2 untuk kita sebagai ibu yang bekerja.
✅ Ini cadangan waktu mengepam. Boleh sesuaikan dengan jadual masing-masing.
Macam saya, saya akan pump dengan sangat teratur semasa di pejabat. waktu siang tanpa anak disisi, saya pump dengan kerap. Malam saya tandem atau if baby menyusu, saya make sure dia menyusu both side if saya tak tandem.
Pamlah ketika anak sedang menyusu di sebelah. Anak kita merupakan penghantar/pencipta signal paling hebat pada otak melalui gaya hisapannya.
Bila tandem, ianya juga ibarat kita pump kedua dua breast secara serentak.
Kebiasaannya ibu akan mudah merasa LDR apabila menyusukan anak berbanding sewaktu sesi mengepam susu. Cara ini, susu lebih cepat dapat dikumpulkan.
Pastikan juga anak hanya minum dari sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu dan utk sesi penyusuan seterusnya beri anak payudara yang sebelah lagi.
Apa waktu pam yang paling baik?
Waktu pump paling baik adalah pada awal pagi. Ini kerana waktu pagi, payudara lebih banyak susu kerana badan lebih aktif menghasilkan susu sepanjang malam kerana hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi di waktu malam dengan syarat kena rajin menyusukan anak sepanjang malam.
Masih bimbang susu tak cukup? Bimbang sebab takut penat di bulan puasa?
Jika risau tentang production yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak, pam lah lebih kerap lagi..atau tambah sesi mengepam dari jadual biasa . Ini kerana untuk stimulate lebih byk susu kita perlu PAM LEBIH KERAP BUKAN PAM LEBIH LAMA!
Untuk yang masalah betul2 susu drop, cuba kaedah power pumping
---------------------
Power pumping
---------------------
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.
✅pengambilan supplement
Siapa sini dah ambil supplement untuk bantu ikhtiar menyusu?
Supplement apa?
Jadi tak?
Saya nak kongsi sedikit macam mana supplement shaklee boleh membantu perjalanan penyusuan ibu dan bayi.
Dalam shaklee ada banyak produk yang boleh membantu penyusuan? Macam mana?
Normal, bila produk itu membantu penyusuan, kita gelarkan milk booster. Tapi ada orang, cuba supplement shaklee untuk banyakkan susu tapi tak berjaya.
Tahu kenapa? Kerana silap pilih supplement.
Adalah penting untuk kita tahu fungsi supplement yang kita beli, dan adakah ianya sesuai dengan kita?
Okey, saya ajar tips pemilihan supplement untuk support penyusuan sepanjang ramadhan.
1. ESP
Kenapa ESP?
Tapi, ada pula, ibu cakap saya alergik dengan ESP. Soya. Saya tak boleh minum soya. Tapi saya penat, letih. Saya tak larat nak pam ikot jadual.
So, kita boleh cuba b complex.
2. B COMPLEX
Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
Banyak kan khasiat B complex. Ambil di bulan puasa, control stress ibu, bagi tenaga, ibu in good mood and susu meriah.
Nampak tak? Paham tak setakat ni. Tahu masalah diri. Kene selesaikan masalah diri baru susu meriah.
Bukan kita makan supplement untuk tambah susu. Tapi kita makan supplement untuk tenaga. Bila bertenaga, mood baik, bila mood baik susu meriah, nak pump bersemangat
Tak adalah bulan puasa lesu lemah tak bermaya jalan seret kaki..
Selain itu, minuman yang terbaik untuk ibu menyusu dalam bulan puasa adalah Performance Drink!
3. PERFORMANCE DRINK
Bebas gas atau tidak berkarbonat.
Kurang kandungan gula (less sugar).
Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita.
Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
4. ALFALFA
Selain itu adalah alfalfa. Alfalfa ni memang glamour kan. Dalam shaklee ni alfalfa dikenali sebagai jamu moden.
Pengambilan alfalfa sebagai milk booster adalah bergantung pada badan individu sendiri.
Ada orang makan 2 biji pun dah dapat kesan, ade orang makan 5 biji baru ade improvement. Alfalfa merangsang penghasilan susu.
Bagi saya, alfalfa ini patut ibu ibu ada. Disamping ianya berfungsi sebagai milkbooster, alfalfa juga sangat bagus untuk kesihatan wanita secara keseluruhannya.
Selain alfalfa, saya suka cadangkan multivitamin. Vitalea. Vitalea ni merupakan nama lain bagi multivitamin dan memgandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Salah satu penyebab utama susu merudum adalah kerana badan kita kekurangan nutrisi. Katakan kita tidak sempat mengambil makanan sepanjang hari, tentu kita akan berasa penat dan lapar kan?
5. VITAMIN C
6. GARLIC COMPLEX
Seterusnya adalah vita C dan Garlic. Kedua dua ini adalah penting untuk ibu menyusu. Saya sendiri memang ambil dua supplement ini. Kenapa?
Untuk memastikan kesihatan ibu dalam keadaan yang baik. Sepanjang waktu puasa, ibu yang penat bekerja, lebih terdedah untuk jatuh sakit.
So, vita C dan garlic boleh membantu ibu untuk mengelakkan diri daripada demam, selsema dan sakit kepala yang boleh bawa kepada masalah susu drop.
7. OSTEMATRIX
Dalam bulan puasa, biasanya masalah utama, kita adalah kepenatan, dan tak lalu makan. Waktu bukak puasa bergusti dengan anak. Makan memang tak teratur, jangan kata nak minum susu. Memang tak sempat fikirkan.
Tapi tahu tak, ibu menyusu perlu mengambil kalsium dengan cukup bagi mengelakkan masalah tulang rapuh?
Kenapa ostematrix?
So wajib ibu mendapatkan kalsium secukupnya. Jangan ghairah menyusukan bayi sehingga kita lupa jaga tubuh kita tau. Bersalin dan menyusukan anak banyak beri kesan kepada tubuh, so kita jaga baik baik tubuh kita. Tak nak nanti dah masuk umo 40 tahun dah bongkok 3. Padahal suami pulak baru nak start kehidupan. Life begins at 40 katanya.
8. LECITHIN
Supplement yang banyak membantu ibu yang dalam pantang biasanya adalah lecithin.
✅Lecithin membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat
Last skali yang perlu sebagai ibu menyusu adalah sokongan daripada orang sekeliling.
Ingat concept BREASTFEEDING:
Kita nak susu yang cukup untuk baby. Bukan susu melimpah limpah
Don't feed the freezer, just feed your baby with quality milk.
Kredit to RYG