Thursday, 12 October 2017

ESP: ENERGIZING SOY PROTEIN



JOM BERKENALAN DENGAN ESP

ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein merupakan salah satu top-selling item syarikat Shaklee Malaysia. ESP sentiasa berada dalam Top10 most popular supplements daripada Shaklee.

ESP telah dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee pada tahun 1961. Ia merupakan formula isolat protein soya yang pertama dicipta. setakat ini, ESP telah bertahan di pasaran dunia selama lebih 55 tahun!


KENA ESP NI BEST SANGAT?

Shaklee menggunakan protein soya non-GMO untuk menghasilkan ESP. ini bermakna, protein soya yang digunakan adalah soya asli yang tidak diubah secara genetik. Jadi, ia lebih natural dan selamat.



Ada banyak sebab kenapa protein soya dipilih untuk menghasilkan minuman protein yang penuh khasiat ini. 

Pertama sekali, protein soya mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu oleh badan. Oleh itu, ESP merupakan sumber protein yang lengkap. Ini adalah kerana tidak semua sumber protein tumbuhan mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu ini.

Maka, protein soya sebanding dengan protein haiwan yang kebanyakannya mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu oleh badan. Walau bagaimanapun, soya protein mempunyai kelebihan lain berbanding protein haiwan.

Apa kelebihannya? Haa, protein tumbuhan ni tiada kolesterol! Jadi, ia lebih sihat untuk jantung kita. Di samping itu, protein soya juga rendah lemak berbanding protein haiwan termasuk ayam dan daging lembu atau kambing.

Protein soya juga mempunyai kandungan asid lemak tak tepu (unsaturated fatty acids) yang bagus untuk membantu mengangkut kolesterol keluar daripada saluran darah kita. Hasilnya, badan kita kan ada paras HDL (good cholesterol) yang tinggi dan paras LDL (bad cholesterol) yang rendah.

Terbaik kan?


Selain protein, ESP juga tinggi kandungan kalsium di dalamnya. Kalsium adalah mineral penting untuk fungsi membran dalam tubuh kita dan juga sangat penting untuk kekuatan tulang dan gigi.

Satu serving ESP (3 sudu makan) membekalkan 500mg kalsium tau! Itu saja dah separuh daripada keperluan harian kalsium seorang lelaki atau wanita dewasa. 

So, siapa liat minum susu tu bolehlah ambil ESP sebagai ganti yang lebih sedap dan mengenyangkan.


ESP juga mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang diperlukan badan dalam jumlah yang sedikit. Bolehlah nak top up kekurangan vitamin dan mineral badan kita sikit-sikit. Nak top up banyak sila ambil multivitamin Vitalea okay.

Lagi satu fakta best tentang ESP adalah ia sangat sesuai untuk pesakit diabetes (kencing manis) dan orang-orang yang sedang cuba kawal berat badan.

Kenapa? Sebab ESP ni mempunyai indeks glisemik rendah (Low Glycemic Index) iaitu 39. Jadi, tenaga daripada ESP dilepaskan ke dalam badan secara lebih stabil dan berpanjangan. 

Hasilnya, paras glukos dalam badan akan naik secara perlahan dan turun dengan perlahan juga. Kita pun takdelah cepat sangat lapar. Nak diet pun tak terseksa.






Persoalannya, siapa yang elok ambil ESP ni?

Semua orang pun elok ambil ESP ni sebab semua orang perlukan sumber protein yang berkualiti, tanpa lemak tepu, serta ada pula tambahan kalsium, vitamin dan mineral untuk kesihatan dan fungsi tubuh yang lebih cemerlang.

SAYA RECOMMEND ESP KEPADA...

Orang-orang yang berada dalam senarai di bawah ni. Kalau awak ada masalah macam kat bawah ni, maka sangat-sangat la recommended untuk amalkan ESP.
- baru lepas operation, nak luka cepat baik dengan cantik.
- ibu hamil yang selalu tak selera makan, takut baby kecil.
- badan selalu penat tak bertenaga padahal kerja banyak nak buat.
- asyik lapar tapi nak diet.
- kulit kusam tak berseri. Macam orang sakit je.


Awak ada masalah macam ni ke? Contact saya untuk maklumat lanjut. Kita sembang-sembang dulu untuk pastikan ESP ni sesuai tak untuk awak. 


Nak contact saya boleh whatsapp ke 010-4034420 atau klik saja


Khas untuk customer yang beli ESP dengan saya, saya akan kongsikan resepi-resepi ESP yang sedap dan berkhasiat. ESP ni tak semestinya nak kena shake-shake saja. Boleh blend dengan buah buat smoothie ataupun buat puding padat dengan nutrisi.

Best kan? Memanglah best. That's why I'm your preferred SID.




Thank you for reading. Take care!

xoxo,
Shaklee Independent Distributor






Tuesday, 10 October 2017

7 TIPS CEGAH KANSER PANGKAL RAHIM

KANSER PANGKAL RAHIM

Kanser serviks (pangkal rahim) adalah Top 3 kanser paling banyak dihidapi wanita Malaysia. Sumber: https://www.nst.com.my/…/cervical-cancer-third-most-common-…

Seperti yang kita tahu, kanser adalah penyakit berbahaya yang sangat ditakuti semua golongan kerana ia boleh membawa maut.

Walau bagaipanapun, kanser serviks boleh dicegah. Bertindak sekarang sebelum terlambat. Baca seterusnya untuk info pencegahan kanser serviks.


TIPS CEGAH KANSER PANGKAL RAHIM #1
Tahukah anda, setiap wanita berusia 25-65 tahun yang pernah melakukan hubungan seksual digalakkan melakukan saringan pap smear?

Ujian pap smear adalah 55% sensitif & 96% spesifik dalam mengesan kanser serviks (pangkal rahim). Pap smear dapat mengesan tanda awal SEBELUM sel kanser terbentuk. Jadi, doktor anda dapat berikan rawatan lebih awal & efektif SEBELUM anda mendapat kanser.

Jadi, secara tidak langsung, anda dapat mencegahnya sebelum terjadi.
Ambil peduli. Get your pap smear today.

Sumber:



TIPS CEGAH KANSER PANGKAL RAHIM #2
Kajian mendapati vaksinasi HPV mampu mencegah sekitar 80% jangkitan HPV yang menyebabkan kanser serviks. Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2727782/

Vaksin ini diberi percuma untuk pelajar perempuan di Malaysia. Manakala wanita yang melebihi umur 18 tahun boleh mendapatkannya di klinik atau hospital swasta.

Ambil peduli. Tanyalah doktor anda untuk maklumat lanjut.



TIPS CEGAH KANSER PANGKAL RAHIM #3
Asap rokok mengandungi lebih 600 jenis toksin. Tak hairanlah kalau asal rokok menjadi pemangkin pertumbuhan kanser.

AWAS!

Jika anda terdedah kepada asap rokok (walaupun cuma passive smoker), anda 3 kali lebih berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim. Jadilah bijak. Ambil peduli. Kesihatan anda, tanggungjawab anda.

Sumber:



TIPS CEGAH KANSER PANGKAL RAHIM #4
Berdasarkan satu kajian, saintis mendapati wanita yang mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin E yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat kanser serviks (pangkal rahim). Namun begitu, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami tindak balas ini.


Sumber:
Jika anda mengamalkan vitamin C dan vitamin E setiap hari, anda juga mendapat manfaat lain vitamin hebat ini selain perlindungan terhadap kanser serviks.

Jadilah wanita bijak. Take care of your health.



TIPS CEGAH KANSER PANGKAL RAHIM #5
 
Kanser serviks atau pangkal rahim bukan penyakit berjangkit.
Tetapi, virus HPV (salah satu penyebab kanser serviks) boleh merebak melalui hubungan jenis.

Tambahan pula jika anda mempunyai lebih daripada seorang pasangan, risiko tersebut menjadi lebih tinggi.

Jadi awas! Setialah pada yang satu

Be smart, take care of your health.



TIPS CEGAH KANSER PANGKAL RAHIM #6
Makanan yang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dipercayai boleh meningkatkan tahap kesihatan & mengurangkan risiko kanser secara amnya. Terdapat beberapa jenis makanan yang dikatakan dapat mencegah kanser serviks. Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan perkara ini.

Contoh makanan tinggi kandungan antioksidan termasuklah anggur dan buah beri. Ia bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan tetapi juga mempunyai rasa yang enak.

Be smart, be healthy.




TIPS CEGAH KANSER PANGKAL RAHIM #7
Terdapat banyak kajian menunjukkan kemampuan resveratrol dan polyphenol untuk mengurangkan aktiviti sel kanser. Setakat ini, kajian lebih menjurus kearah rawatan kanser.

Namun begitu, saintis optimis dengan kemampuan resveratrol dan polyphenol mengurangkan risiko kanser.

Vivix adalah supplemen daripada tumbuhan tinggi antioksidan, polyphenol dan resveratrol. Semestinya Vivix pilihan antioksidan terbaik dan kualiti hasil kajian bertahun-tahun para saintis antarabangsa.

Bonus Vivix: anda akan rasa cergas, bertenaga dan awet muda

Vivix pilihan wanita hebat dan bijak.


DAPAT SESUATU?

Jadi, awak dah tau 7 tips terbaik untuk mencegah kanser pangkal rahim? yang paling penting sebenarnya adalah tips #1 dan #2 tu. Mesti buat!

Habis-habis pokai takde bajet pun, buat tips #1. Kalau nak kumpul duit pergi ambil vaksin pulak, boleh buat bisnes Shaklee dengan team saya. Haha, takde alasan lagi. Jom cegah kanser serviks!

Share jika bermanfaat.

7 JENIS SAYUR YANG BAGUS UNTUK NAIKKAN HB IBU HAMIL



TAHUKAH ANDA?

Sayuran hijau sangat bagus untuk ibu hamil. Selain serat dan vitamin, sayuran hijau kaya dengan zat besi untuk mengelakkan anemia.

Tapi, bukan semua sayur sama.
Di sini saya kongsikan sayuran yang tinggi kandungan zat besi untuk membantu ibu-ibu naikkan bacaan Hb ketika hamil.

Jom tengok top 7 sayur-sayuran yang bagus untuk naikkan bacaan paras hemoglobin (Hb) anda. Tak kiralah anda hamil ataupun tidak.

Semua sayur-sayuran ini mengandungi zat besi yang tinggi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan sel darah merah (hemoglobin) kita di samping beberapa zat makanan penting yang lain.



#1 Sayur tambah darah: Pegaga Gajah
Pegaga gajah agak mudah didapati di kampung-kampung. biasanya ia tumbuh liar di tepi rumah atau tepi longkang. Namun begitu, kini pegaga gajah sudah banyak dijual di pasar tani mahupun  pasaraya besar yang terkenal. 

Pegaga gajah boleh dibuat ulam cicah dengan sambal belacan ataupun dibuat urap. Uish, kecur liur teringat urap pegaga!

100gram pegaga gajah mengandungi 10mg zat besi. yang paling tinggi berbanding sayuran lain yang kami bandingkan.


#2 Sayur tambah darah: Peria
Sejujurnya saya tak pernah tahu peria mengandungi kandungan zat besi yang tinggi sebelum membuat carian untuk entri ini. Tak sangka betul, 100 gram peria mengandungi 6.03mg zat besi. menduduki tempat kedua dalam senarai.

Sayur peria sedap dibuat masak tumis kering dan dipecahkan sebiji telur sebelum padamkan api. Itu cara saya masak peria. Hmm, ada resepi sedap masak peria yang lain? Kongsilah di bahagian komen ye.


#3 Sayur tambah darah: Pucuk Keledek
Pucuk keledek bukanlah jenis sayur yang selalu makan. Saya juga jarang jumpa masakan pucuk keledek di kedai-kedai makan. tak pastilah di kawasan mana masakan pucuk keledek ni popular.

Baru-baru ini saja saya kerap nampak pucuk keledek dijual di pasaraya NSK Seremban. Sebenarnya saya tak pasti pucuk keledek ni sedap dimasak apa. Saya fikir, masak lemak putih tentu sedap!


#4 Sayur tambah darah: Kangkung
Siapa tak kenal kangkung kan? Masak tumis dengan belacan memang favorite la! Takde belacan, tumis dengan ikan bilis atau ikan masin pun sedap jugak.

Kangkung ada 5.12mg zat besi per 100gram. Tapi kalau saya makan kangkung, setakat 200 ke 300gram tu senang-senang je saya habiskan.


#5 Sayur tambah darah: Ulam Raja
Nama pun ulam raja, jadi memang sedap dibuat ulam. tak payah nak masak-masak bagai. Mudah sangat. 

Menduduki tempat kelima dalam senarai, ulam raja ni pun tak kurang hebatnya. kalau malas masak atau nak cepat, ibu-ibu makan sajalah ulam raja.


#6 Sayur tambah darah: Pucuk Paku
Pucuk paku ada peminatnya yang tersendiri. Sedap ditumis dengan ikan bilis atau udang kering, sedap lagi dimasak lemak cili api. Kalau masak lemak cili api, boleh juga nak campur dengan udang, kerang atau telur itik. Ikutlah selera masing-masing.


#7 Sayur tambah darah: Bayam
Setahu saya, kalau sebut sayur apa bagus nak tambah darah, mesti ramai jawab bayam. Saya pun sangka bayam nombor satu paling banyak kandungan zat besinya.

Tetttt!

Saya dah silap rupanya. Menurut carian yang dibuat, bayam mengandungi kandungan zat besi yang dikira tinggi. Namun, dia bukanlah yang paling tinngi. Paling glamour? Mungkin!

Tapi, kelebihan bayam ialah ia sangat mudah didapati. Harganya murah. Nak masak pun senang, masak air je...



DAPAT SESUATU?
Saya harap anda dapat belajar sesuatu daripada tulisan kali ini. Silakan share supaya lebih ramai tahu.


Semoga bermanfaat


Monday, 9 October 2017

FOLLOW ME ON FACEBOOK



Hello readers!
Assalamualaikum. 

Thank you for visiting my humble blog.


I am writing to share my passion, experience, thought and memories.
I had been blogging since 10 years ago but not consistently. Being consistent is the hardest thing to do.

But, I will not give up blogging since I find comfort and satisfaction in this hobby.

So, do drop by once a while. I hope I will have something nice for you from time to time.

Oh yeah, I do update my Facebook regularly. Do follow my Facebook.

Love,
Zizah ❤

TIPS ATASI SUSU 'DROP' PADA BULAN PUASA




Assalamualaikum

Tahniah saya ucapkan kepada para ibu yang berjiwa besar yang gigih berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk si manja anda.

Breastfeeding journey tiap-tiap orang tak sama. Masing-masing ada cerita dan cabaran dalam menyusui bayi dari hari pertama sehinggalah sampai bercerai susu atau wean-off.

Namun begitu, dalam perbincangan di kalangan ibu-ibu bekerjaya, masalah utama yang sering diutarakan oleh para ibu adalah susu "drop".

Actually, bagi saya, susu drop adalah bukan masalah utama. Ianya boleh menjadi masalah ataupun kesan kepada masalah.

Kebanyakkan ibu, tidak tahu apa masalah utama yang dihadapi yang menyebabkan susu drop.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan susu drop.
✅ keletihan
✅ kekurangan sesi pump

✅ tekanan emosi

✅ period - hormon changes
✅ nipple tersumbat

Pastikan rehat yang cukup. Benda ni orang cakap susah nak buat. Kalau anak sorang tak apa. Anak 3, 4,5 bermimpilah di siang hari nak rehat. Tapi u need it. Just try ur luck.


Di bulan puasa ni make sure makan makanan yang berkhasiat. Makanan yang boleh bagi tenaga untuk para ibu. Berbuka dan sahur dengan healthy meal. Bukan maggie, bukan salad semata- sebab nak kurus 


Pastikan selepas berbuka minum air yang cukup. Target berapa liter sehari. Usahakan sampai berjaya. Tapi jangan sampai stress sebab tak sampai target.Make sure ada jadual pump sesuai dengan keadaan bulan puasa. Lebihkan waktu pump pada waktu malam.


Faktor faktor ini adalah yang menyumbang kepada kekurangan susu. Lagi lagi bulan Ramadhan. Dengan lapar dan dahaga, kerja bertambah, runsing nak raya duit tak ada,  kepenatan. Semua jadi faktor susu drop.

So, apa yang kita perlu buat sepanjang Ramadhan?

Perkara utama adalah ibu menyusu perlu berada dalam keadaan yang tenang.

✅ Rehat yang cukup
Usahakan untuk make sure badan dapat rehat yang cukup. Macam mana nak dapatkan rehat yang cukup, badan yang bertenaga?
Ibu yang menyusu, perlukan rehat, kenapa rehat, sebab badan yang penat tak boleh produce susu dengan baik
Sebab tu saya cakap, susu drop tadi bukan masalah. Itu kesan kepada masalah kepenatan


✅ Makan makanan yang berkhasiat
Kenali apa makanan yang boleh merencatkan penghasilan susu anda. Lain orang lain tau.
Macam saya, saya memng pantang kafein dan ais. Saya tak tau ini mitos ke apa, tapi, bila menyusukan bayi, saya memng kurangkan mengambilan kafein dan tak ambil ais. Pernah try masa anak first. Susu drop.badan rase lemah.
So, dahaga macam mana pun masa berbuka, saya tak kan ambil cafein or ais.
So, ape makanan yang merencatkan susu para ibu? Tahu?


✅ Minum air yang cukup pada waktu malam
Maksud dia kat sini, pastikan badan dapat air yang mencukupi.
Pastikan minum air suam sebelum sesi pump pada waktu malam. Air suam akan bantu merangsang LDR.
Let Down Reflex (LDR) atau Milk Erection Reflex (MER) merupakan reflek yang disebabkan oleh hormon oksitosin. Keadaan ini akan membuat Susu keluar dengan sendirinya walaupun tidak di pam. Dalam keadaan ini, ibu  akan merasakan payudara yang terasa berdenyut dan tegang.
So, lebih cepat LDR lebih cepat kita dapat kumpul susu. Waktu pam dapat disingkatkan.
LDR ni penting sangat2 untuk kita sebagai ibu yang bekerja.


Ini cadangan waktu mengepam. Boleh sesuaikan dengan jadual masing-masing.



Macam saya, saya akan pump dengan sangat teratur semasa di pejabat. waktu siang tanpa anak disisi, saya pump dengan kerap. Malam saya tandem atau if baby menyusu, saya make sure dia menyusu both side if saya tak tandem.

Pamlah ketika anak sedang menyusu di sebelah. Anak kita merupakan penghantar/pencipta signal paling hebat pada otak melalui gaya hisapannya.

Bila tandem, ianya juga ibarat kita pump kedua dua breast secara serentak.

Kebiasaannya ibu akan mudah merasa LDR apabila menyusukan anak berbanding sewaktu sesi mengepam susu. Cara ini, susu lebih cepat dapat dikumpulkan.

Pastikan juga anak hanya minum dari sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu dan utk sesi penyusuan seterusnya beri anak payudara yang sebelah lagi.

Apa waktu pam yang paling baik?

Waktu pump paling baik adalah pada awal pagi.  Ini kerana waktu pagi, payudara lebih banyak susu kerana badan lebih aktif menghasilkan susu sepanjang malam kerana hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi di waktu malam dengan syarat kena rajin menyusukan anak sepanjang malam.

Masih bimbang susu tak cukup? Bimbang sebab takut penat di bulan puasa?

Jika risau tentang production  yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak, pam lah lebih kerap lagi..atau tambah sesi mengepam dari jadual biasa . Ini kerana untuk stimulate lebih byk susu kita perlu PAM LEBIH KERAP BUKAN PAM LEBIH LAMA!

Untuk yang masalah betul2 susu drop, cuba kaedah power pumping

---------------------

Power pumping 
---------------------

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.


✅pengambilan supplement
Siapa sini dah ambil supplement untuk bantu ikhtiar menyusu?
Supplement apa?
Jadi tak?

Saya nak kongsi sedikit macam mana supplement shaklee boleh membantu perjalanan penyusuan ibu dan bayi.

Dalam shaklee ada banyak produk yang boleh membantu penyusuan? Macam mana?
Normal, bila produk itu membantu penyusuan, kita gelarkan milk booster. Tapi ada orang, cuba supplement shaklee untuk banyakkan susu tapi tak berjaya.

Tahu kenapa? Kerana silap pilih supplement.

Adalah penting untuk kita tahu fungsi supplement yang kita beli, dan adakah ianya sesuai dengan kita?

Okey, saya ajar tips pemilihan supplement untuk support penyusuan sepanjang ramadhan.


1. ESP

Kenapa ESP?


Tapi, ada pula, ibu cakap saya alergik dengan ESP. Soya. Saya tak boleh minum soya. Tapi saya penat, letih. Saya tak larat nak pam ikot jadual.

So, kita boleh cuba b complex.


2. B COMPLEX


Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir

Banyak kan khasiat B complex. Ambil di bulan puasa, control stress ibu, bagi tenaga, ibu in good mood and susu meriah.
Nampak tak? Paham tak setakat ni. Tahu masalah diri. Kene selesaikan masalah diri baru susu meriah.

Bukan kita makan supplement untuk tambah susu. Tapi kita makan supplement untuk tenaga. Bila bertenaga, mood baik, bila mood baik susu meriah, nak pump bersemangat
Tak adalah bulan puasa lesu lemah tak bermaya jalan seret kaki..

Selain itu, minuman yang terbaik untuk ibu menyusu dalam bulan puasa adalah Performance Drink!


3. PERFORMANCE DRINK


Bebas gas atau tidak berkarbonat.
Kurang  kandungan gula (less sugar).
Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita.

Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!


4. ALFALFA

Selain itu adalah alfalfa. Alfalfa ni memang glamour kan. Dalam shaklee ni alfalfa dikenali sebagai jamu moden.

Pengambilan alfalfa sebagai milk booster adalah bergantung pada badan individu sendiri.
Ada orang makan 2 biji pun dah dapat kesan, ade orang makan 5 biji baru ade improvement. Alfalfa merangsang penghasilan susu.

Bagi saya, alfalfa ini patut ibu ibu ada. Disamping ianya berfungsi sebagai milkbooster, alfalfa juga sangat bagus untuk kesihatan wanita secara keseluruhannya.


Selain alfalfa, saya suka cadangkan multivitamin. Vitalea. Vitalea ni merupakan nama lain bagi multivitamin dan memgandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Salah satu penyebab utama susu merudum adalah kerana badan kita kekurangan nutrisi. Katakan kita tidak sempat mengambil makanan sepanjang hari, tentu kita akan berasa penat dan lapar kan?


5. VITAMIN C

6. GARLIC COMPLEX

Seterusnya adalah vita C dan Garlic. Kedua dua ini adalah penting untuk ibu menyusu. Saya sendiri memang ambil dua supplement ini. Kenapa?

Untuk memastikan kesihatan ibu dalam keadaan yang baik. Sepanjang waktu puasa, ibu yang penat bekerja, lebih terdedah untuk jatuh sakit.

So, vita C dan garlic boleh membantu ibu untuk mengelakkan diri daripada demam, selsema dan sakit kepala yang boleh bawa kepada masalah susu drop.


7. OSTEMATRIX

Dalam bulan puasa, biasanya masalah utama, kita adalah kepenatan, dan tak lalu makan. Waktu bukak puasa bergusti dengan anak. Makan memang tak teratur, jangan kata nak minum susu. Memang tak sempat fikirkan.

Tapi tahu tak, ibu menyusu perlu mengambil kalsium dengan cukup bagi mengelakkan masalah tulang rapuh?

Kenapa ostematrix?

So wajib ibu mendapatkan kalsium secukupnya. Jangan ghairah menyusukan bayi sehingga kita lupa jaga tubuh kita tau. Bersalin dan menyusukan anak banyak beri kesan kepada tubuh, so kita jaga baik baik tubuh kita. Tak nak nanti dah masuk umo 40 tahun dah bongkok 3. Padahal suami pulak baru nak start kehidupan. Life begins at 40 katanya.


8. LECITHIN

Supplement yang banyak membantu ibu yang dalam pantang biasanya adalah lecithin.
✅Lecithin membantu mengurangkan risiko clog duct atau  duktus susu tersumbat

Last skali yang perlu sebagai ibu menyusu adalah sokongan daripada orang sekeliling.
Ingat concept BREASTFEEDING:

Kita nak susu yang cukup untuk baby. Bukan susu melimpah limpah
Don't feed the freezer, just feed your baby with quality milk.

Kredit to RYG